Wednesday, March 27, 2013

Rindu yang tersalah

"Rindu betul nak tengok movie kat pawagam, tapi sebab usrah punya pasal, aku tak pergi dah tempat macam tu."

"Rindu nak berjaga malam main game, tapi sebab naqib suruh jangan main game, so aku berhenti je la."

"Rindu betul pada kekasih lama, tetapi sebab nak kahwin dengan akhawat yang beriman lagi terjaga imannya, aku tamatkan hubungan aku dengan dia."

"Rindu time gila kpop dan drama korea dulu, semua drama cuba aku khatamkan. Tapi sebab kena bawak usrah, terpaksa aku berubah."

Rindukan amalan jahiliyah diri sendiri melebihi kesyukuran ditunjukkan jalan hidayah? Itu tandanya kita masih belum merasa kemanisan iman lagi agaknya.

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintakan Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; siapa yang cintakan seseorang hanya kerana Allah (dan bukan kerana tujuan dunia); dan ia membenci kembali kepada kekufuran (selepas Allah menyelamatkan dari kekufuran dan jahiliyah), sebagaimana bencinya dicampakkan ke dalam api.
(HR Muslim) 

-Mirull-

rindukan jahiliyah bermaksud rindukan neraka? Allahu rabbi! bantulah aku mengikis sifat cintakan jahiliyah yang masih melekat dalam hatiku. 

dah lama dah tak menulis. abaikan penulisan lama. penuh kekanak-kanakan. eheh

Friday, August 31, 2012

Cinta Yang Tak Mengecewakan

Bismillahirrahmanirrahim

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

-Atas Nama Cinta oleh UNIC-

Dah Nama Pun Manusia

Sememangnya lumrah si kachak bergaya (baca: lelaki) tertarik kepada si cantik dan comel (baca: perempuan) dan begitu pula sebaliknya. Namun sememangnya pelik jika si kachak bergaya tertarik kepada si kachak bergaya juga. Eeeuuuuuuwwww! *muntah ungu*

Si kachak dan si cantik ibarat magnet kutub utara dan kutub selatan. Kutub utara akan tertarik atau menarik kutub selatan. Setakat ini tak pernah nampak kutub utara melekat pada kutub utara. Kalau terjumpa sila bagitahu ye!

Mungkin ada yang pernah merasakan ketertarikan magnet ini, merasa kedahsyatan getaran jiwa dan pelbagai lagi rasa di hati dan jiwa sanubari masing-masing. Yang terkadang melawan prinsip yang telah ditetapkan dan ditegakkan dalam diri, yang secara tiba-tiba menampakkan manusia yang nampak biasa-biasa pada asalnya, kemudian menjadi indah dan macam-macam lagi.

Di dalam diri setiap manusia penuh dengan rasa cinta
Kepada harta, takhta dan manusia

-Arti Cinta oleh Snada-

Andai ujian cinta manusiawi itu datang, ramai yang tersungkur jatuh dari jalan-Nya. Segala ilmu yang pada asalnya daripada wahyu ditinggalkan kerna nafsu. Segala pentaksiran akal berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah juga mampu rosak dan diputar belit hanya untuk membenarkan nafsu. Begitulah kuatnya kuasa cinta. Cinta yang salah menjadikan manusia keliru antara cinta makhluk dan Sang Khaliq. Cinta yang salah inilah yang memasukkan manusia ke alam fantasi yang tak berkesudahan lantas melemahkan himmah dan semangat juang serta jati diri seorang muslim.

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

-Atas Nama Cinta oleh UNIC-

Cinta Manusiawi yang Mengundang Angan-angan

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, sentiasa berangan-angan merupakan salah satu agen perosak hati. Memang tidak dinafikan ianya salah satu kesukaan manusia, lari dari realiti yang pahit dan perit ini dan mengimpikan perkara-perkara indah sahaja. Masakan sesetengah orang mencari arak ataupun dadah hanya untuk lari dari realiti yang menyesakkan dada.

Malang sekali apabila angan-angan tidak menjadi kenyataan ibarat planning MLM yang tak menjadikan diri seorang jutawan, ianya menjadi satu pembaziran, satu perkara sia-sia! peluh kecil.

Tidak dinafikan adakala angan-angan itu terkadang menjadi kenyataan tapi sayang sekali, apa yang diperoleh tak mungkin dibawa sekali bertemu Sang Pencipta. Semuanya akan ditinggalkan di dunia, hanya amalan yang baik ataupun buruk yang dibawa.

Berbanding dengan mereka yang bercita-cita tinggi seperti Gunung Everest dan punya semangat perjuangan teguh, angan-angan mereka adalah ilmu dan iman bagi mereka disamping perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah. Angan ini ibarat iman, cahaya dan hikmah sedangkan angan-angan pada materialistik adalah hasutan syaitan dan khayalan semata.

Kita terlalu meletak sepenuh harapan pada angan-angan namun ditolak mentah oleh dunia. Terus membuat kita berputus asa dan frust menonggeng.

cinta yang ditolak mengundang frust. [credit]
Cinta Dari Sang Pencipta Tak Mengecewakan

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

-Atas Nama Cinta oleh UNIC-

Mereka yang beriman mesti sedar akan perkara haq dan batil. Tak perlu menagih cinta murahan sang manusia yang belum pasti membalas cinta kita. Kembalilah mencari cinta Sang Khaliq!

“Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah, tidak. Jika kau mencintai seseorang, ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak, pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah, pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah denganNya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla.”
Khairul Azzam (Ketika Cinta Bertasbih 1)
Akhir kalam, carilah cinta yang tak mengecewakan. Dan mintalah Dia pertemukan peneman diri agar jalan ke syurga tak sunyi. Ehem

Homework untuk korang: Baca Hadis 19 Imam Nawawi. Korang akan tahu betapa sweet nya Pencipta kita. :3

-Mister Mirull-

sori saudari Ain Soofiyah sebab lambat hantar entri usrah. busy sikit. harap tak marah berapi-api macam supersaiya. huhu

baru habis internship/praktikal/ latihan industri selama 3 bulan. phewww. penaaaaaaaattttt bhaaaaaiii! sekarang lega. hanya menunggu masuk academic year sebagai pelajar final year.


Sunday, August 12, 2012

Hadiah: Basikal dan al-Qadr


Bismillahirrahmanirrahim

Tersebut lah alkisah seorang bapa bernama Husin Lempoyang. Orang kampung memanggilnya Pak Usin Bunga. Kenapa bunga? Lu fikir lah sendiri. Tapi itu bukan isi pentingnya. Penceritaan diteruskan. Dikhabarkan oleh BERNAMA bahawa Pak Usin Bunga berjanji untuk membeli sebuah basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL untuk anak bongsu kesayangannya, Lee Minho, jika anaknya berjaya mendapat tempat pertama dalam ujian bertulis dan melukis secara kreatif WOHA! (baca: peperiksaan akhir tahun sekolah). Upacara perjanjian ini disaksikan oleh seluruh isi rakyat rumah bernombor ******** (maaf dicensor kerana ianya private and confidential).

Terbakarnya semangat Lee Minho seperti Gohan yang terbakar whoosh whoosh bunyinya (gambar). Semestinya Lee Minho akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL, yang selama ini menjadi idaman seluruh pemuda hensem dan kachak di Tanah Malaya ini. 


seperti inilah bersemangatnya Lee Minho. lulz


Pak Usin Bunga menjanjikan sebuah basikal yang bukan calang-calang basikal. Harganya bukan seposen dua ataupun mampu dibayar dengan segelas air liur. Tapi beratus dan mungkin beribu ringgit. Betapa besarnya ganjaran yang diberikan sekiranya Lee Minho kesayangannya berjaya mendapat tempat pertama.

Timbul satu persoalan. Apa Pak Usin Bunga mahu daripada anaknya?

Adakah si ayah mahu anaknya gembira dan huha huha dengan basikal hebat yang bakal diberi?
Adakah si ayah mahu memerangkap anaknya supaya dengan dan taat perintah ayahnya?
Adakah si ayah nak bodek anaknya supaya keluar berjalan-jalan dengan bini barunya? (ops. isu sensitip. maaf. hehe) 

Seorang ayah semestinya mahukan yang terbaik buat anaknya. Ehem. Aku bercakap seperti berpengalaman je, padahal kawin pun belum. Hehe. Ok, sambung balik. Setiap ayah mahu anak mereka menjadi insan berguna, cerah masa depan dan ... (sila isi tempat kosong dengan harapan murni seorang ayah).

Basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL ini hanya sebagai hadiah untuk menggalakkan Lee Minho untuk terus belajar. Kerana Pak Usin Bunga nampak anak bongsunya malas belajar dan banyak main fesbuk dan tuiter (baca: facebook dan twitter). Apa yang si ayah mahukan atau dalam erti kata lain, apa yang sepatutnya si anak lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh.

Aku Hanya Nombor Dua.

Andaikata si anak telah berusaha, namun dia hanya mendapat tempat kedua menyebabkan dia terlepas tawaran terhebat ayahnya.

"Hanya lagi 0.01 peratus lagi untuk kalahkan Amirul The Cute yang dapat nombor satu dalam tingkatan", tegas Lee Minho pada ayahnya. Ehem.

Namun ayahnya nekad dengan keputusannya, "Tak dapat nombor satu, tak boleh dapat hadiah. Paham?". Sambil memalingkan muka tanpa belas kasihannya ke arah Mak Jah Rock, isterinya.

Persoalannya, adakah anaknya akan berhenti belajar, berputus asa dan kemudian frust menonggeng?

Hoyeahh! Aku Nombor Satu!

Andaikata usaha penat lelah si anak berhasil dan dia berjaya mendapat tempat pertama lantas mendapat basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL sepertimana yang diidam-idamkan.

"Aku dah usaha dan aku dah dapat. Alhamdulillah!", ucapan syukur meniti di bibir Muhammad Lee Minho bin Husin Lempoyang.



ini bukan basikal scrambler YANGMAHAL

Persoalannya, adakah Lee Minho boleh berehat daripada belajar? Sehingga ditawarkan hadiah oleh ayahnya, baru si anak berusaha kembali?


-----------------------------------------


Ramadhan dan Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah kepada hamba-hambaNya.

Tapi apa sebenarnya yang Allah mahukan pada hamba-hambaNya?

Ramadhan objektifnya taqwa seperti mana dalam surah al-Baqarah ayat 183. Dalam lafaz "La'allakum tattaqun" yang bermaksud supaya kamu bertaqwa. 

Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan
(Surah al-Qadr,  97:3)

Dan Lailatul Qadar pula Allah beri kebaikan 1000 bulan yang tak dapat kita dapati dalam bulan-bulan yang lain. Seribu bulan yang bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan (approximately) yang mana tak semua manusia mampu sampai ke umur 83 tahun. Jadi ianya memberi satu seruan buat mereka yang soleh, yang inginkan pertemuan dengan Tuhannya, yang menciptakan mereka, yang menjaga mereka, yang memberi rezeki kepada mereka. Semestinya mereka yang soleh ini, mahukan ganjaran ini.

Seperti juga harapan Pak Usin Bunga pada anaknya dengan memberi hadiah basikal, seperti itu juga hadiah al-Qadr ini buat hamba-hambanya yang ikhlas
, iaitu dengan harapan, hamba-hambaNya dapat istiqamah walaupun dalam bulan-bulan lain yang tiada Lailatul Qadar.

Ramadhan dan Lailatul Qadar tidak lain, hanyalah sebagai galakan untuk kita kenal apa tugas dan tujuan hidup kita.


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah az-Dzariyat, 51:56)


Ramadhan akan berlalu, malam al-Qadr boleh jadi kita sudah terlepas. Seorang hamba Allah yang bijak akan terus beribadah walaupun keduanya telah berlalu, walaupun sudah terlepas tawaran hadiah malam al-Qadr, kerana dia tahu bahawa...

Dirinya adalah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan, dan bukan juga hamba al-Qadr.

Sebuah Sajak: Ramadhan, al-Qadr dan Allah

Ramadhan pada tahun ini
akan berlalu meninggalkan kita
Lailatul Qadar mungkin sempat 
mungkin tak sempat kita merasa
Ketahuilah keduanya akan berlalu
sama ada kita mahu atau tidak.

Bila ia berlalu pergi 
maka hilanglah 
muka-muka mereka 
yang memenuhkan rumah Allah
Maka hilanglah 
jasad-jasad mereka 
yang bermusafir
masjid ke masjid
untuk beriktikaf hanya semata 
mencari kekusyukan ibadah
di malam al-Qadr

Masa mengikut sunnatullah
masa hamba Allah
Ramadhan hamba Allah
Lailatul Qadar juga hamba Allah
masakan kita tidak mengikut mereka?
turut menjadi hamba Allah?

(sebuah sajak pendek yang tak berapa jadi yang dicipta oleh aku.)


Ujian Ramadhan kita selaku rakyat Malaysia hanya lah sekadar melawan nafsu, tapi saudara kita di Syria dan Rohingya bukan sekadar melawan nafsu malah mereka terpaksa berhadapan dengan musuh yang bencikan Islam, musuh taghut, malah wujudnya syaitan bertopengkan manusia.

Bersyukurlah... Bersyukurlah atas kesenangan yang diberikan... Usah terlentok dan terus terlena dek ujian kesenangan yang diberikan.

-Mister Mirull-


post ini ditulis bertujuan untuk menembak diri sendiri di kepala (baca: headshot) walaupun pada mulanya nak tulis post yang memberi headshot kepada mereka yg jadi baik macam biskut chipsmore di bulan Ramadhan, kemudian bila habis Ramadhan, jadi biskut nomore. hahaha. tapi sebelum headshot orang, baik makan peluru sendiri dulu. tahu? huhu

dan dengan harapan supaya roh Ramadhan dan al-Qadr pada diri aku tak akan sirna dek masa yang menjauh daripada Ramadhan. doakan aku istiqamah.

sebelum terlupa, doakan juga rakyat Syria dan Rohingya dalam tahajud kalian.

baru perasan, kali ni entry panjang pulak. macam membebel ala-ala makcik. hehe

Entri sebelum ini yang berkaitan dengan Ramadhan:
OBE dan Ramadhan
Malam Lailatul Qadar