Friday, August 31, 2012

Cinta Yang Tak Mengecewakan

Bismillahirrahmanirrahim

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

-Atas Nama Cinta oleh UNIC-

Dah Nama Pun Manusia

Sememangnya lumrah si kachak bergaya (baca: lelaki) tertarik kepada si cantik dan comel (baca: perempuan) dan begitu pula sebaliknya. Namun sememangnya pelik jika si kachak bergaya tertarik kepada si kachak bergaya juga. Eeeuuuuuuwwww! *muntah ungu*

Si kachak dan si cantik ibarat magnet kutub utara dan kutub selatan. Kutub utara akan tertarik atau menarik kutub selatan. Setakat ini tak pernah nampak kutub utara melekat pada kutub utara. Kalau terjumpa sila bagitahu ye!

Mungkin ada yang pernah merasakan ketertarikan magnet ini, merasa kedahsyatan getaran jiwa dan pelbagai lagi rasa di hati dan jiwa sanubari masing-masing. Yang terkadang melawan prinsip yang telah ditetapkan dan ditegakkan dalam diri, yang secara tiba-tiba menampakkan manusia yang nampak biasa-biasa pada asalnya, kemudian menjadi indah dan macam-macam lagi.

Di dalam diri setiap manusia penuh dengan rasa cinta
Kepada harta, takhta dan manusia

-Arti Cinta oleh Snada-

Andai ujian cinta manusiawi itu datang, ramai yang tersungkur jatuh dari jalan-Nya. Segala ilmu yang pada asalnya daripada wahyu ditinggalkan kerna nafsu. Segala pentaksiran akal berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah juga mampu rosak dan diputar belit hanya untuk membenarkan nafsu. Begitulah kuatnya kuasa cinta. Cinta yang salah menjadikan manusia keliru antara cinta makhluk dan Sang Khaliq. Cinta yang salah inilah yang memasukkan manusia ke alam fantasi yang tak berkesudahan lantas melemahkan himmah dan semangat juang serta jati diri seorang muslim.

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

-Atas Nama Cinta oleh UNIC-

Cinta Manusiawi yang Mengundang Angan-angan

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah, sentiasa berangan-angan merupakan salah satu agen perosak hati. Memang tidak dinafikan ianya salah satu kesukaan manusia, lari dari realiti yang pahit dan perit ini dan mengimpikan perkara-perkara indah sahaja. Masakan sesetengah orang mencari arak ataupun dadah hanya untuk lari dari realiti yang menyesakkan dada.

Malang sekali apabila angan-angan tidak menjadi kenyataan ibarat planning MLM yang tak menjadikan diri seorang jutawan, ianya menjadi satu pembaziran, satu perkara sia-sia! peluh kecil.

Tidak dinafikan adakala angan-angan itu terkadang menjadi kenyataan tapi sayang sekali, apa yang diperoleh tak mungkin dibawa sekali bertemu Sang Pencipta. Semuanya akan ditinggalkan di dunia, hanya amalan yang baik ataupun buruk yang dibawa.

Berbanding dengan mereka yang bercita-cita tinggi seperti Gunung Everest dan punya semangat perjuangan teguh, angan-angan mereka adalah ilmu dan iman bagi mereka disamping perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah. Angan ini ibarat iman, cahaya dan hikmah sedangkan angan-angan pada materialistik adalah hasutan syaitan dan khayalan semata.

Kita terlalu meletak sepenuh harapan pada angan-angan namun ditolak mentah oleh dunia. Terus membuat kita berputus asa dan frust menonggeng.

cinta yang ditolak mengundang frust. [credit]
Cinta Dari Sang Pencipta Tak Mengecewakan

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

-Atas Nama Cinta oleh UNIC-

Mereka yang beriman mesti sedar akan perkara haq dan batil. Tak perlu menagih cinta murahan sang manusia yang belum pasti membalas cinta kita. Kembalilah mencari cinta Sang Khaliq!

“Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan. Kebersamaan dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan. Hanya cinta kepada Allah, tidak. Jika kau mencintai seseorang, ada dua kemungkinan diterima dan ditolak. Jika ditolak, pasti sakit rasanya. Namun jika kau mencintai Allah, pasti diterima. Jika kau mencintai Allah, engkau tidak akan pernah merasa kehilangan. Tidak akan ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu. Tidak akan ada yang merampas Allah. Jika kau bermesraan dengan Allah, hidup bersama Allah, kau tidak akan pernah berpisah denganNya. Allah akan setia menyertaimu. Allah tidak akan berpisah darimu. Kecuali kamu sendiri yang berpisah dariNya. Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan adalah cinta kepada Allah ‘Azza wa Jalla.”
Khairul Azzam (Ketika Cinta Bertasbih 1)
Akhir kalam, carilah cinta yang tak mengecewakan. Dan mintalah Dia pertemukan peneman diri agar jalan ke syurga tak sunyi. Ehem

Homework untuk korang: Baca Hadis 19 Imam Nawawi. Korang akan tahu betapa sweet nya Pencipta kita. :3

-Mister Mirull-

sori saudari Ain Soofiyah sebab lambat hantar entri usrah. busy sikit. harap tak marah berapi-api macam supersaiya. huhu

baru habis internship/praktikal/ latihan industri selama 3 bulan. phewww. penaaaaaaaattttt bhaaaaaiii! sekarang lega. hanya menunggu masuk academic year sebagai pelajar final year.


Sunday, August 12, 2012

Hadiah: Basikal dan al-Qadr


Bismillahirrahmanirrahim

Tersebut lah alkisah seorang bapa bernama Husin Lempoyang. Orang kampung memanggilnya Pak Usin Bunga. Kenapa bunga? Lu fikir lah sendiri. Tapi itu bukan isi pentingnya. Penceritaan diteruskan. Dikhabarkan oleh BERNAMA bahawa Pak Usin Bunga berjanji untuk membeli sebuah basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL untuk anak bongsu kesayangannya, Lee Minho, jika anaknya berjaya mendapat tempat pertama dalam ujian bertulis dan melukis secara kreatif WOHA! (baca: peperiksaan akhir tahun sekolah). Upacara perjanjian ini disaksikan oleh seluruh isi rakyat rumah bernombor ******** (maaf dicensor kerana ianya private and confidential).

Terbakarnya semangat Lee Minho seperti Gohan yang terbakar whoosh whoosh bunyinya (gambar). Semestinya Lee Minho akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL, yang selama ini menjadi idaman seluruh pemuda hensem dan kachak di Tanah Malaya ini. 


seperti inilah bersemangatnya Lee Minho. lulz


Pak Usin Bunga menjanjikan sebuah basikal yang bukan calang-calang basikal. Harganya bukan seposen dua ataupun mampu dibayar dengan segelas air liur. Tapi beratus dan mungkin beribu ringgit. Betapa besarnya ganjaran yang diberikan sekiranya Lee Minho kesayangannya berjaya mendapat tempat pertama.

Timbul satu persoalan. Apa Pak Usin Bunga mahu daripada anaknya?

Adakah si ayah mahu anaknya gembira dan huha huha dengan basikal hebat yang bakal diberi?
Adakah si ayah mahu memerangkap anaknya supaya dengan dan taat perintah ayahnya?
Adakah si ayah nak bodek anaknya supaya keluar berjalan-jalan dengan bini barunya? (ops. isu sensitip. maaf. hehe) 

Seorang ayah semestinya mahukan yang terbaik buat anaknya. Ehem. Aku bercakap seperti berpengalaman je, padahal kawin pun belum. Hehe. Ok, sambung balik. Setiap ayah mahu anak mereka menjadi insan berguna, cerah masa depan dan ... (sila isi tempat kosong dengan harapan murni seorang ayah).

Basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL ini hanya sebagai hadiah untuk menggalakkan Lee Minho untuk terus belajar. Kerana Pak Usin Bunga nampak anak bongsunya malas belajar dan banyak main fesbuk dan tuiter (baca: facebook dan twitter). Apa yang si ayah mahukan atau dalam erti kata lain, apa yang sepatutnya si anak lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh.

Aku Hanya Nombor Dua.

Andaikata si anak telah berusaha, namun dia hanya mendapat tempat kedua menyebabkan dia terlepas tawaran terhebat ayahnya.

"Hanya lagi 0.01 peratus lagi untuk kalahkan Amirul The Cute yang dapat nombor satu dalam tingkatan", tegas Lee Minho pada ayahnya. Ehem.

Namun ayahnya nekad dengan keputusannya, "Tak dapat nombor satu, tak boleh dapat hadiah. Paham?". Sambil memalingkan muka tanpa belas kasihannya ke arah Mak Jah Rock, isterinya.

Persoalannya, adakah anaknya akan berhenti belajar, berputus asa dan kemudian frust menonggeng?

Hoyeahh! Aku Nombor Satu!

Andaikata usaha penat lelah si anak berhasil dan dia berjaya mendapat tempat pertama lantas mendapat basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL sepertimana yang diidam-idamkan.

"Aku dah usaha dan aku dah dapat. Alhamdulillah!", ucapan syukur meniti di bibir Muhammad Lee Minho bin Husin Lempoyang.



ini bukan basikal scrambler YANGMAHAL

Persoalannya, adakah Lee Minho boleh berehat daripada belajar? Sehingga ditawarkan hadiah oleh ayahnya, baru si anak berusaha kembali?


-----------------------------------------


Ramadhan dan Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah kepada hamba-hambaNya.

Tapi apa sebenarnya yang Allah mahukan pada hamba-hambaNya?

Ramadhan objektifnya taqwa seperti mana dalam surah al-Baqarah ayat 183. Dalam lafaz "La'allakum tattaqun" yang bermaksud supaya kamu bertaqwa. 

Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan
(Surah al-Qadr,  97:3)

Dan Lailatul Qadar pula Allah beri kebaikan 1000 bulan yang tak dapat kita dapati dalam bulan-bulan yang lain. Seribu bulan yang bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan (approximately) yang mana tak semua manusia mampu sampai ke umur 83 tahun. Jadi ianya memberi satu seruan buat mereka yang soleh, yang inginkan pertemuan dengan Tuhannya, yang menciptakan mereka, yang menjaga mereka, yang memberi rezeki kepada mereka. Semestinya mereka yang soleh ini, mahukan ganjaran ini.

Seperti juga harapan Pak Usin Bunga pada anaknya dengan memberi hadiah basikal, seperti itu juga hadiah al-Qadr ini buat hamba-hambanya yang ikhlas
, iaitu dengan harapan, hamba-hambaNya dapat istiqamah walaupun dalam bulan-bulan lain yang tiada Lailatul Qadar.

Ramadhan dan Lailatul Qadar tidak lain, hanyalah sebagai galakan untuk kita kenal apa tugas dan tujuan hidup kita.


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah az-Dzariyat, 51:56)


Ramadhan akan berlalu, malam al-Qadr boleh jadi kita sudah terlepas. Seorang hamba Allah yang bijak akan terus beribadah walaupun keduanya telah berlalu, walaupun sudah terlepas tawaran hadiah malam al-Qadr, kerana dia tahu bahawa...

Dirinya adalah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan, dan bukan juga hamba al-Qadr.

Sebuah Sajak: Ramadhan, al-Qadr dan Allah

Ramadhan pada tahun ini
akan berlalu meninggalkan kita
Lailatul Qadar mungkin sempat 
mungkin tak sempat kita merasa
Ketahuilah keduanya akan berlalu
sama ada kita mahu atau tidak.

Bila ia berlalu pergi 
maka hilanglah 
muka-muka mereka 
yang memenuhkan rumah Allah
Maka hilanglah 
jasad-jasad mereka 
yang bermusafir
masjid ke masjid
untuk beriktikaf hanya semata 
mencari kekusyukan ibadah
di malam al-Qadr

Masa mengikut sunnatullah
masa hamba Allah
Ramadhan hamba Allah
Lailatul Qadar juga hamba Allah
masakan kita tidak mengikut mereka?
turut menjadi hamba Allah?

(sebuah sajak pendek yang tak berapa jadi yang dicipta oleh aku.)


Ujian Ramadhan kita selaku rakyat Malaysia hanya lah sekadar melawan nafsu, tapi saudara kita di Syria dan Rohingya bukan sekadar melawan nafsu malah mereka terpaksa berhadapan dengan musuh yang bencikan Islam, musuh taghut, malah wujudnya syaitan bertopengkan manusia.

Bersyukurlah... Bersyukurlah atas kesenangan yang diberikan... Usah terlentok dan terus terlena dek ujian kesenangan yang diberikan.

-Mister Mirull-


post ini ditulis bertujuan untuk menembak diri sendiri di kepala (baca: headshot) walaupun pada mulanya nak tulis post yang memberi headshot kepada mereka yg jadi baik macam biskut chipsmore di bulan Ramadhan, kemudian bila habis Ramadhan, jadi biskut nomore. hahaha. tapi sebelum headshot orang, baik makan peluru sendiri dulu. tahu? huhu

dan dengan harapan supaya roh Ramadhan dan al-Qadr pada diri aku tak akan sirna dek masa yang menjauh daripada Ramadhan. doakan aku istiqamah.

sebelum terlupa, doakan juga rakyat Syria dan Rohingya dalam tahajud kalian.

baru perasan, kali ni entry panjang pulak. macam membebel ala-ala makcik. hehe

Entri sebelum ini yang berkaitan dengan Ramadhan:
OBE dan Ramadhan
Malam Lailatul Qadar

Thursday, August 9, 2012

Malam Lailatul Qadar

Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik, kenyang lapar kenyang lapar, tidur bangun tidur bangun, kita sudah sampai ke fasa terakhir bulan ramadhan. Hoho



Malam Lailatul Qadar.
Malam yang penuh keberkatan.
Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malam yang menjanjikan maghfirah-Nya.

"Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni"
(HR Bukhari)

Bila Lailatul Qadar?

10 malam terakhir bulan ramadhan (HR Bukhari)
Malam yang ganjil (HR Bukhari)
Bila malam lailatul qadar tidak ditentukan kerana punya hikmah tersendiri iaitu supaya kita bersemangat mengejar lailatul qadar. Kalau malam lailatul qadar ditetapkan tarikhnya,semestinya ramai yang akan bermalas-malasan, dan mungkin lebih rela beratur panjang hanya sekadar mahu makan eskrem satu scoop Baskin Robbins. Ehem.

"acane kalau bertemu dengan malam mulia, lailatul qadar? acane?"

Daripada Aisyah r.a, beliau (Aisyah) berkata "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang mesti aku ucapkan saat itu?" Rasulullah menjawab, "Katakanlah: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku)"

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

ermm....



...



...




...



...



...



...



...



...



...



...


Ekceli (baca: actually) aku nak tulis post yang panjang sangat-sangat pasal lailatul qadar, tapi rasanya blogger lain semestinya dah tulis. Jadi aku pun malas nak tulis pasal benda yang orang dah tulis. Kalau korang nak, sila gugel (baca: google) pasal lailatul qadar. Banyak yang keluar, tak terbaca korang nanti! Ahahaha.

Semestinya mereka yang mencari malam lailatul qadar dah baca macam-macam fadhilat dan amalan sunat yang boleh dilakukan sepanjang malam terakhir ini. Dan ada diantara mereka mampu berkongsi dengan kawan-kawan pasal amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada sepuluh malam terakhir ini. Tidak dinafikan mereka ini bukan sahaja rajin membaca dan menuntut ilmu malah luas ilmu pengetahuan, sehinggakan pendapat setiap mazhab pun dihafal mereka. Masya'Allah! Tabarakallah!

Akan tetapi, usah biarkan apa yang dibaca itu menjadi sekadar ilmu semata-mata malah lebih teruk dijadikan "modal" berdebat terutama pasal pendapat ulama itu dan ini. Aku tak mengatakan salah untuk mengetahui pendapat ulama' yang berbeza-beza ini, sedangkan rasulullah sendiri pun tak pernah melarang akan perbezaan ijma sahabat. Tapi paling penting kita buat.

Sebagai contoh, tentang tempat yang disunatkan beriktikaf, terdapat beberapa pendapat, ada yang mengatakan iktikaf boleh dilakukan di mana-mana rumah Allah yang ditegakkan solat lima waktu, dan ada yang mengatakan hanya boleh dilakukan di masjid yang didirikan solat jumaat sahaja. Mengikut kisah rasulullah tentang ijma' (maaf tak dapat beritahu secara terperinci sebab dah terlupa, takut tersalah beri informasi), pengajarannya tak kisah kita mengikut pendapat mereka yang mana sekalipun, paling penting kita iktikaf.

Cukup lah sekadar ini penulisan ku. Tulis panjang-panjang pun tak guna kalau tak buat. Akhir kata, selamat mencari Lailatul Qadar, jangan pulak cari Laila anak Pak Imam Masjid al-Qadr, ataupun cari Lailatul Kamdar sudah lah. Ehem.

-Mister Mirull-

ramadhan ketiga selepas dalam ditarbiyah. alhamdulillah masih dalam tarbiyah, masih lagi meneruskan perjuangan Lailatul Qadr berbekalkan semangat perang badar al-kubra walaupun demam. ini dah kali ketiga demam dalam bulan ramadhan. mohon cepat disembuhkan.
Amin~

Friday, August 3, 2012

Taat Dalam Maksiat

Bismillahirrahmanirrahim



Di persimpangan jalan, semestinya kita mempunyai pilihan sama ada kanan atau kiri. Kanan dan kiri merupakan satu perkara yang berlawanan. Kita takkan mampu ke kiri bersama kanan mahupun ke kanan bersama kiri. (Eh. Paham tak korang?) Oleh itu hanya satu pilihan sahaja yang perlu diputuskan. Kiri atau kanan.

Contoh lain, minyak dan air. Jika dicampurkan sekali, ia sama sekali takkan bergabung dan bercantum seperti Gohan yang bergabung dengan Trunks lantas menjadi Gotenks. Eh. Haha. Erm maafkan saya. Kita sambung balik. Hal ini demikian kerana, air dan minyak mempunyai ketumpatan yang berbeza. :O (Sambil buat muka terkejut beruk)



Analogi ini di atas ni sesuai digambarkan dengan tajuk yang diberi.

Di Persimpangan Jalan.

"Patutkah aku pilih kanan? Patutkah aku pilih kiri? Aku dah la tak tahu jalan ke Masjid Shah Alam ni! Dah lama dah ceramah start", mengomel aku sendirian

"Mengikut seorang ikhwah, kalau dah sampai kat jalan yang ada kedai 'Mek Didi' kat sebelah kanan, kena belok kanan pastu straight don't belok belok"

"Habis tu jalan ke kiri ni pergi mana pulak?", tanya kawanku Fazari Khan.

"Entah, mungkin ke tempat lain selain Masjid Shah Alam. Dah ada ikhwah bagi petunjuk, ikut je la cik abang oiii. Aku mana tahu sangat area Selangor ni. Perak aku tahu la. Perak tu gua conquer beb", Jawab aku.

Seperti juga taat dan maksiat, kemana ia bawa kita? Ke arah kebahagiaan kah? Ke arah kebinasaan kah? Adakah sesekali taat dan maksiat akan berlaga bahu, bertembung dan bertentang mata?

Air Campur Minyak Sedap? Dah Try?


Cuba kalau kita bagi air campur minyak ni secara free di mana-mana supermarket, korang rasa ada orang nak minum tak?

"Hello? You gila ke nak suruh I minum benda pelik ni?", kata Fazura Fazuri Nabila bila ditemu ramah dan diajak untuk minum air free ini.

"Maaf, Encik/Puan/Cik. Saya tak boleh minum minyak. Bini saya kata, minyak ni banyak kolesterol. Kalau minum minyak, nanti saya gemuk. Bila dah gemuk, nanti bini terchenta saya lari", jawab Mustakim Jamal dengan penuh sopan dan adat istiadat kemelayuan menolak pelawaan kami.

Eh.

Jawapannya YA. Mereka sendiri jijik dengan air yang dicampur dengan minyak. (Tapi kalau ada yang selamba je minum sila maklumkan pada aku. Aku nak check budak tu. Mungkin ada yang tak kena dengan budak tu)

Penutup: Pilih Satu Sahaja.

Bayangkan kita nak minum air mineral yang sejuk lagi menyegarkan, fresh from your fridge (Iklan sebentar. Hehe). Pastu kat dalam rumah hanya ada satu je cawan. Malangnya cawan tersebut bukan sahaja berhabuk malah berminyak.

Blerghhh! Geli you!!!

Dengan condifentnya, aku rasa mesti korang akan basuh cawan tu. Rasa geli geliman semacam kalau minum air bersama-sama dengan minyak plus habuk. Euwww!

Persoalannya...

Kenapa kita tak boleh praktikkan untuk memahami erti ketaatan dan maksiat?


Daripada Abu Hurairah r.a, iaitu Rasulullah SAW pernah mengungkapkan: “Semua umatku akan masuk syurga kecuali orang yang enggan. Baginda ditanya: “Siapakah yang enggan?” Jawab baginda: “Sesiapa yang taat kepadaku (maka) ia masuk syurga dan sesiapa yang derhaka (melakukan maksiat) kepadaku, ia masuk neraka.” (Hadis sahih riwayat Bukhari)

Wallahu a'lam


-Mister Mirull-

Separuh ramadhan dah, lagi 5 hari masuk fasa ke tiga bulan ramadhan. Semoga kuat bermujahadah. ^_^

Perlu improve layout blog. Nampak boring sangat. Any idea?




Monday, July 23, 2012

OBE dan Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim

OBE (baca: Objective Based Education) telah dikuatkuasakan di universiti ku sejak setahun lalu. Mengapa ia dikuatkuasakan? Entah. Mungkin pelajar tidak mencapai objektif yang dikehendaki atau dalam erti kata lain, GAGAL dan ditendang keluar daripada universiti. Wallahu a'lam. Aku tak tahu, hanya tekaan liar (baca: wild guess).

Kita lihat sekiranya tiada objektif yang ditegakkan dalam kehidupan maka kita secara automatiknya akan melakukan perkara sambil lewa. Begitulah pentingnya objektif, hatta dalam Final Year Project (FYP) sekalipun, objektif menentukan markah untuk final year nanti. Masya'Allah. Doakan aku dapat buat yang terbaik dalam final year.

Seperti juga manusia, semestinya punya objektif dan matlamat kita berada di sini:

(وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku (56)

(Surah az-Zariyat, 51:56)


(وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ ... (٣٠


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"... (30)

(Surah al-Baqarah, 2:30)

Sila refresh memori kita akan ISK (baca: Ini Sejarah Kita) kerana ianya berkait rapat dengan diri kita sebagai manusia. Kalau rasa diri tu manusia lah kan. Hahaha

Sekolah Ramadhan, Manifestasi Tarbiyah

credit


Sebegitu juga Madrasah Ramadhan ini... 

bukanlah objektifnya dapat buka bazar ramadhan then dapat untung yang berlipat ganda wah!!!  
bukanlah objektifnya dapat makan makanan yang secara biasanya payah didapati.
bukanlah objektifnya untuk beli segala macam makanan kat bazar ramadhan hanya untuk makan seorang diri.
bukanlah objektifnya dapat makan secara banyaknya sampai perut pun nampak macam ada kandungan 9 bulan. Eh. Terasa ke? Hahaha

via tumblr


Telah diwajibkan berpuasa ke atas kita seperti mana firman Allah:

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
(١٨٣)

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)

(Surah al-Baqarah, 2:183)


 لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
supaya kamu bertakwa.

NAH! inilah objektif RAMADHAN... TAKWA~

bukanlah Hari Raya dan Cuti itu objektifnya... faham?

kalau tak mencapai objektif, kiranya kita hanya mendapat lapar dan dahaga...


عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, berkata Rasulullah, "ramai daripada mereka berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga." (HR an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Pengertian Takwa

Bila berkata takwa, semua tahu skema jawapannya. Takut pada Allah, taat perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Itu lah jawapan skema yang akan aku dapat sekiranya bertanya kepada mereka yang mendapat A1 atau A+ dalam Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah mahupun Pendidikan Syariah Islamiyah.

Hari ini aku nak ajak korang faham takwa daripada sudut lain. Daripada sudut seorang sahabat yang mendapat tarbiyah direct daripada murabbi mereka yakni Rasulullah.

Kisah ini dinukilkan oleh Umar al-Khattab dan Ubai bin Ka'ab

"Apa itu takwa?" tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab. 

Ubai mengetahui bahawa Umar tahu jawapannya dan pada pendapatnya Umar mahu berdiskusi dengannya tentang takwa. Ubai perlu memikirkan satu jawapan yang lain kerana dia sedang ditanya oleh Umar al-Khattab, seorang figur agung. Semestinya dia tak mahu memberi jawapan yang sekadar biasa-biasa sahaja.

"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?" balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

"Pernah saja," jawab Umar

"Apa yang kamu lakukan?" pintas Ubai.

"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati," jawab Umar lagi

"Itulah takwa!" simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang takwa.

Di akhir perbincangan mereka, akhirnya persoalan Umar al-Khattab terjawab dengan cara yang praktikal untuk kehidupan. Ternyata berhikmah jawapan yang diberikan Ubai bin Ka'ab kepada sahabatnya. Jawapan yang memuaskan hati dan punya besar pengertian.

Ada dua nilai yang dapat di-ekstrak daripada cerita ini iaitu pengertian takwa dan kaedah melayan sahabat. Namun di post ini, nilai yang mahu aku tekankan ialah pengertian takwa.

Takwa membuatkan seorang hamba berwaspada dan berjaga-jaga dalam setiap perbuatannya. Waspada antara halal dan haram, antara pahala dan dosa, berjaga-jaga antara perbuatan yang mampu membawa ke syurga dan perbuatan yang menarik ke neraka.

Takwa membuatkan kita berjaga-jaga untuk menjaga hak Allah, kerana yakin bahawa Allah akan kembalikan hak kita sebagaimana dalam hadis 19 dalam 40 hadis Imam Nawawi. Kalau tak pernah dapat lagi dalam usrah, sila paksa murabbi korang. Haha

Kesimpulan

Buat lelaki muslim yang kacak lagi bergaya, kita telah diperingatkan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ 
(١٠٢)

Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati dalam keadaan Islam.

(Surah ali-Imran, 3:102)

Saban minggu diperingatkan untuk bertakwa dan ini bermakna takwa ini bukanlah perkara main-main. Andai kita tak nampak akan kepentingan takwa dalam kehidupan, sedarlah kita bahawa mata hati kita telah dibutakan oleh DUNIA!

ehsan tumblr


Walau dunia menuntut kita meninggalkan atau mengabaikan hukum dan syariat Allah, kita masih menjaganya, ianya satu pembuktian ketakwaan kita kepada Allah.

Moga kita sentiasa dipelihara dan dikuatkan takwa dalam Madrasah Ramadhan ini. Amin

-Mister Mirull-

Baru mencuri-curi masa untuk bermadah di blog. Sekarang makin sibuk dek tanggungjawab dakwah yang sudah tergalas di bahu, tanggungjawab memperbaiki diri untuk memperbaiki manusia lain. Segala ayat-ayat cinta-Nya makin senang aku hayati di samping pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dijadikan inspirasi.

Memang benar kata seorang ikhwah, untuk memahami al-Quran dengan mata hati, kita perlu rasa sendiri kerja yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat, baru kita dapat rasa nilai cinta-Nya kepada kita, dan betapa sayangnya Allah kepada kita, tatkala kita sedih dilanda penentangan bathil yang wujud dalam diri mahupun fizikal, Allah memujuk kita dengan ayat-ayat cinta-Nya yang menghilangkan segala kesedihan dan kegusaran kita terhadap dakwah.

Moga aku thabat dalam jalan yang telah aku pilih ini.

Semoga tajarrud ini semata-mata kerana-Nya.

Amin




Monday, July 9, 2012

Tentang Cinta...

Andai betul cinta pd Ilahi, mengapa kita malas qiamullail? Mengapa malas membaca surat cinta-Nya yakni al-Quran yg diturunkan untuk kita umat akhir zaman? Mengapa tidak ikhlas dlm beribadah kepada-Nya?

Andai betul cinta pada ibu bapa, mengapa kita tidak mentaati mereka? Mengapa keluar perkataan "uh" malah lebih teruk drpd itu? Mengapa kita tidak menjadi anak soleh buat kedua2 mereka supaya mereka tidak terbeban seksa diakhirat akibat perbuatan kita sbg seorang anak?

Andai betul cinta pada seseorang, mengapa kita membiarkan dia larut dalam maksiat? Mengapa kita tidak berpesan2 dgn kasih sayang? Mengapa kita tidak membantunya untuk turut sama ke jalan yg lurus ini tapi sebaliknya?

Andai betul dan tulen cinta itu, kita akan bersusah payah membawa kebaikan pada mereka walaupun terpaksa menyusahkan diri, walaupun diri dicemuh, biarpun diri diboikot mahupun diri dianggap asing.

Kerana...

Cinta yg tidak dibuktikan dgn pengorbanan ialah cinta palsu.

-Mister Mirull-

Maaf tak rajin update. Sibuk kebelakangan ni. Internship ngan pentajmikan junior notts.

Sunday, June 10, 2012

Coretan Buatmu Kekasih


Nukilan ini ku tujukan buatmu yg ku sayang dgn sepenuh hati.


Kau sentiasa setia bersamaku.
Menemaniku setiap malam tanpa alasan, penat dan lesu.
Membangunkan diri ku
Tatkala aku lena dibuai mimpi indahku


Walaupun tersilap menyakiti
Walau terlanjur mendustai
Terkadang termaki
Namun begitu kau aku hargai


Sedarlah wahai kekasihku
Hingga sekarang belum ku temu
Pengganti dirimu
Yang bisa menggalas tanggungjawabmu


Kerna kau paling ku percayai
Kerna kau paling ku sayangi
Kerna kau paling ku cintai
Namun kau tinggalkan ku sendiri


Mungkin mereka tak nampak jasamu yg kecil ini
Mungkin mereka merasa kau hanya kerdil
Mungkin mereka berpendapat kau tak punya apa-apa.
Namun padaku jasamu terlalu besar buatku.


Kau saksi qiam ku
Kau saksi solat subuh ku
Kau saksi penyucian diriku
Kau saksi penghambaanku kepada Tuhan ku


Terima kasih. Jasamu akan ku kenang. Wahai jam loceng yg berjasa.


ini jam loceng yang setiap hari mengejutkan saya dikala subuh

-Mister Mirull-

jam ni jatuh time aku tengah kemas bilik. jatuh terus tak gerak dah. mungkinkah jam kesayanganku ini di-repair dan dihidupkan kembali?


Friday, June 1, 2012

Kerana Internship Setitik, Rosak Summer Break Sebelanga

Bismillah.

Tanggal 1 Jun 2012, internship ku bermula~

first day memang la semangat. hehe


Internship. Bukan real alam pekerjaan. Tapi just a sneak peak macam mana alam pekerjaan nanti. Hari ini hari first aku ber-intern. Perasaan bercampur baur. Ada rasa teruja, dan pada masa yg sama cuak. Heh

Aku bersama 4 orang kawan yg lain turut sama berada di tempat yg sama. For the first time masuk keje, kitorang rasa kekok dan awkward degan keadaan dalam syarikat. Maklumlah. Baru masuk keje dan takde pengalaman kerja langsung. Keje sebagai driver ibunda dan ayahanda terchenta ada lah.

Dalam fikiran saku, takkan nak biarkan keadaan awkward ini berterusan. Jadi dengan menebalkan muka, aku cuba untuk generate soalan. "Nak tanya apa ea?", aku bertanya pada diri sendiri. Aku bertanya dimana surau dan masjid untuk solat jumaat. dalam banyak banyak soalan, mengapa soalan ini yang dtanya? aduhai~

Dan dengan sopannya cik kak operator yang aku tak hengat nama menunjukkan surau untuk solat pada masa kerja. di belakang rupanya. dan masjid pulak ada di sekitar company. kalau dia bagi map kan bagus. eheh. dan aku mula melepak di surau kerana masih tiada kerja untuk dibuat sementara rakan-rakan yang lain melepak di bilik mesyuarat.

Rehat 2 jam diberi. Lepas makan dan solat jumaat, kami sempat balik ke rumah. Rehat dulu! haha

Kembali ke ofis. diumumkan ketibaan bos-bos besar, tuan-tuan dan puan-puan sila berdiri *ditambah dengan secukup rasa maggi*. dan kami berkenalan dengan bos, pastu bos minta tulis pebende ntah kat satu kertas, then boleh balik. freeedoommmm!!!!

Disaat ramai bersummer break. Kami pelajar second year perlu buat internship. untunglahhh cuti.. lepas ni mungkin dah tak merasa cuti panjang camni. Mungkin akan terus grad dan cari kerja.

Walaupun kerja sebenar belum bermula namun ingin aku katakan internship ini satu cubaan untuk diri aku. Bagaimana diri sekiranya aku bekerja. Adakah aku akan futur seperti kebanyakan cerita yang aku dengar daripada murabbi? Nauzubillah. Mohon dilindungi daripada perkara sebegitu.

Takut diri terhijab...
Terhijab daripada nikmat sorga yang indah-indah belaka,
Terhijab daripada ukhuwah yang dibina atas dasar iman,
Terhijab daripada dakwah dan tarbiyah,
Terhijab daripada tanggungjawab syahadatul haq,
dan lebih parah...
Terhijab daripada cinta-Nya.

Hanya kerna terpesona dek kemilau dunia,
Yang menjadikan diri hamba kepada kerjaya,
Yang menjadikan diri hamba kepada isteri,
Yang menjadikan diri hamba kepada harta,
Yang menjadikan diri hamba kepada anak-anak,
dan lebih memilukan...
Yang menjadikan diri hamba kepada nafsu.


Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
(Surah Ali-Imran, 3:14)




Jalan ini secara jelas dan terang lagi bersuluh,
sememangnya lurus,
namun diri yang menukar arah,
ke kiri atau ke kanan,
hingga termasuk ke dalam lembah kehinaan.

-Mirull-

Ya Allah, aku mohon sentiasa thabat dalam jalan ini. Dengan bantuan sahabat-sahabat seperjuanganku yang turut sama dalam jalan ini. Bantulah aku tika mana aku telah mula terpesong daripada jalan yang lurus ini. Kerna aku hanya mengharapkan pertemuan dengan-Mu serta pertemuan dengan Rasul-Mu~

Doakan aku ye kawan-kawan!


Thursday, May 31, 2012

Aku Stapler Kecil


Inilah aku. Hanya sekadar stapler kecil yang hanya boleh mengawal beberapa helai kertas supaya berada dalam keadaan teratur. Namun diriku berasa lemah dan kecil apabila aku ditugaskan untuk mengawal kertas lebih daripada kemampuan aku. Kadang-kadang terasa marah apabila dilakukan begitu.

Kelihatan ada orang bercakap dgn pemilikku. "Brother. Have a stapler?", kata foreigner berbangsa arab. "Sure brother.", balas pemilikku.
Ditekan-tekan kepalaku berkali-kali, berkali-kali juga dawai kokot bengkok dan tidak menembusi kertas. "Bagi la tugas macam ni kat orang yang lebih besar dan mampu! Aku mana mampu buat semua kerja ini?" bentak aku kepada pak arab yang menekan berkali-kali kepalaku. "Carilah stapler besar! Kenapa mesti aku yang buat semua kerja?", tambahku lagi. Akan tetapi pak arab tersebut tidak berhenti memaksa aku melakukan kerja. "Tak paham bahasa ke pak arab ni?"soal diriku. "Nak kata bunguks tuan aku ni, tak la bunguks mana. belajar tinggi jugak tapi eksen dan pi'il macam budak-budak! Tak pandai nak guna barang langsung!",maki ku sendirian kepada pak arab tersebut. Namun makian dan jeritanku tidak didengari dia.

lebih kurang macam ni la
Kemudian pemilikku datang kepada pak arab tadi dan mengambil kembali aku. "Like this brother, this stapler is small as you can see. Use it within its capabilities. Never use it beyond it's capabilities.",ujar pemilikku sambil menunjukkan pak arab itu cara menyetapler (alamak! rosak bahasa. hehe) dgn betul. Sikit demi sedikit kertas di-stapler tanpa merosakkan dawai kokot. "I got it brother. Jazakallahu khaira katheera. Assalamualikum",ucap pak arab tersebut. "Waalaikummussalam.", jawab pemilikku. Aku bersyukur dapat pemilik macam ni. memahami kemampuan aku walaupun aku hanya stapler kecil.

Kehebatan dan Kemampuan

setiap manusia ada kehebatan dan kemampuan tersendiri lantas menjadikan setiap manusia itu berbeza antara satu sama lain. Ini menjadikan setiap manusia itu unik. Cuba bayangkan kalau semua manusia muka sama, pemikiran sama, suara sama, pendek kata semua sama lah! tentu boring kan! kan! kan! Subhanallah. Agungnya ciptaan-Nya~

aku pun ade kehebatan tersendiri. (part yg meloyakan bermula. kalau tak tahan sila skip paragragh ini) orang cakap aku ni complete pack seorang manusia zaman urban masa kini bak kata omputih, all in one. orang kata aku ada mata yang memikat macam Lee Minho, hidung macho macam Kim Jaejoong, rambut macam Kim Hyunjoong, mulut yang sexy macam Nickhun, cute macam IU, cantik dan hensem tanpa mekap macam Han Seungyeon, badan six pack macam Jung Jihoon (Rain), maskulin macam Ok Taecyeon, pandai masak macam Jamie Oliver,pandai berbabeku macam Robert Rainford, suara sedap macam Anuar Zain, lelaki macho macam Aaron Aziz, pandai amik sepakan penalti macam Fadhli Shas, laju menggelecek bola secara solo macam Cristiano Ronaldo. Namun begitu kalau disenaraikan kehebatan aku, tak akan habis list ini. muahaha (end of part yg meloyakan)

kemampuan... setiap benda ada kemampuannya. setuju x?

contoh sbg seorang electrical and electronics engineering student. dalam linear power supply. when we adjust the variable resistor to certain extend, the capacitor may explode. when IC is expose to more than 15 Volt, the IC will become hot and may break. that's why we use heatsink to overcome this problem.

contoh sbg mechanical engineering student. in a spring system, hooke's law state that the restoring force acting on an object is proportional to negative of the displacement (deformation) of the object. when there is too much force applied to the spring beyond it's spring constant, the spring will deform and cannot return to it's original shape.

ok. aku mengaku aku tak pandai terangkan contoh lain. the point is every thing has it's limit. kita aplikasi dari sudut dakwah.

berikut dinisbahkan cerita stapler dengan kisah dakwah~


stapler = pendakwah
kita sebagai stapler perlu faham kemampuan sbg seorang stapler. bila masa stapler jd orang? perlu faham apa yang kita boleh buat dan apa yang kita tak boleh buat, apa kekuatan kita dan apa kelemahan kita. supaya kita tahu bagaimana menggunakan kemampuan diri sendiri. takkanlah orang blaja elektrik and elektronik engineering boleh wat surgery kat random person. btol x? ikut kemampuan la beb!



kertas = mad'u (orang yang didakwah)
sebagai kertas, perlu kita menerima segala apa yang diberikan untuk menjadikan kertas itu tersusun dan bermakna kepada pemilik (Allah). apa sahaja seruan ke arah kebaikan kita terima dan teguran yang baik pun kita terima kerana perkataan paling baik ialah perkataan orang menyeru kepada kebaikan.
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata,"Sungguh, aku termasuk orang-orang muslim(yang berserah diri)!" (Surah Fussilat ayat 33)
kepentingan kertas (lab report atau sekadar kertas kosong) = penting atau tidak penting untuk di-follow up
jika kertas itu penting dan boleh digunakan. apa lagi! stapler dan susun dalam satu kumpulan (jamaah). senang untuk dicari jika diperlukan

perbuatan stapler menembus kertas = dakwah yang menyentuh hati mad'u
satu skill yg perlu dimiliki oleh stapler yakni jurus menembus kertas. ia memastikan keberkesanan mengokot semua kertas yang ada. tapi dgn kemampuan sendiri.

jenis dawai kokot = cara kita berdakwah
jenis yg tajam
dawai kokot ade bermacam saiz dan jenis(2 jenis kot). satu yg biasa dan satu lagi tajam. nak terangkan pun susah... byk tafsiran... hehe
macam2 jenis dawai kokot

Konklusi
lakukan ikut kemampuan... sepertimana burung ababil yg menghalau tentera abrahah dgn batu.
walau siapapun kita. ingatlah perkataan yg mengajak kepada kebaikan is the best in the world.
Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah al-Baqarah ayat 286)
-Mirull-

post lama di blog lama. harap bermanfaat.

Wednesday, May 30, 2012

Prolog: Aku Menulis Kerana...

Testing... Testing wan too teri *sambil mengetuk kepala microfon*. ehem *sambil adjust pitching, takut lari*

Sebelum aku mula merepek kerepek pisang, alangkah lebih baik sekiranya aku dahulukan dengan ucapan "Bismillahirrahmanirrahim" dan "Assalamualaikum" kepada anda semua yang sudi membaca tulisan aku yang tak seberapa ini.

Ehem *sambil membetulkan anak tekak dan membetulkan kopiah yang menampakkan jambul di depan*. Aku menulis kerana apa... ermmm... mungkin satu ekspresi rasa. mungkin perit, mungkin indah, mungkin berbunga-bunga. ewah!

Sebelum ini aku pernah berblog namun begitu aku telah meninggalkan blog itu hingga bersawang, alangkah kejamnya diri aku. dush! dush! *pukul diri sendiri* Tapi dengan semangat baru, insya'Allah akan kembali menulis dengan perspektif yang baru. Mungkin.

Dan aku kembali bertanya pada diri, mengapa menulis? Mengapa tak melukis? Jawapannya senang sahaja. Aku tak tahu melukis! muahahaha

*krik krik krik*

Ok. Maafkan aku kerana buat lawak yang hambar. Baiklah. Aku serius sekarang, mengapa menulis. Aku mula bertanya tujuan aku menulis blog untuk pertama kalinya di blog lama. Ya. Blog lama. Masih tiada tujuan. Aku mula terpinga-pinga dan tercari-cari mengapa perlu menulis. Walaupun hati yang membuat aku menulis tapi mengapa hati ini suka menulis. Suka menukilkan rasa hati yang terkadang aku tak mampu memahaminya? apa yang hati ini mahukan?

Kisah ISK

Sejak daripada ISK 2 tahun lepas, aku belajar tujuan hidup. KHALIFAH dan ABID. walaupun aku sudah mendapat modul seperti itu di sekolah lama aku, namun kali ini ibarat satu benda yang lain  menyelinap masuk ke dalam diri ini. Mungkinkah ini kuasa luar biasa yang mampu menjadikan aku superhero? ehem. kerepek rangup di situ. Itu tak mungkin berlaku. Tapi satu kesedaran akan tanggungjawab berkongsi nikmat agung yang aku dapat, yakni IMAN dan ISLAM.

Dan dalam ISK juga, aku belajar tentang hadis logam:

manusia ibarat logam, baik ketika jahiliyah, baik ketika Islam, alangkah bagus kalau kamu faham. (Sahih Bukhari)

Dan aku masih mencari logam. Aku tak pasti apa logam aku. aku takkan menyerah kalah! *mata bersinar*

Walaupun banyak ikhwah suggest aku akan logam aku, tapi aku menolak. Kerana aku tak yakin itu logam aku. Mungkin kepala aku masuk air ketika itu, ataupun salah wiring, dan mungkin skru dalam kepala sudah longgar. Sehingga aku melengah2kan masa aku untuk memeluk zaujah *ehem* yang bernama dakwah dan tarbiyah.

Alangkah RUGINYA!

Tujuan Blog

Dan blog ini mungkin aku mahu menulis keindahan dalam dunia tarbiyah, ataupun berkongsi ilmu mungkin. Jadi jangan expect terlalu tinggi pada penulisan aku. Aku hanya insan biasa. Tidak sehebat Abu Ammar, Syed Qutb, Abul A'la al-Maududi, Fathi Yakan, Hassan al-Banna, Dr Maza, Inche Gabbana, Firdaus Shah dan lain-lain penulis yang bisa mencapai hati dengan penulisan mereka, yang mampu mengubah manusia untuk bekerja demi Islam. Aku masih belajar, untuk menjadi orang seperti mereka. mungkin aku mahu jadi penulis seperti mereka. Mungkin.

Dan mungkin juga mengisi masa lapang, daripada tak menyumbang apa-apa. Mungkin.

Dan aku berharap apa yang diperkata di blog ini bukan sekadar omongan kosong. Yang bunyinya seperti guruh berdentum, ataupun meriam power rangers yang POM POM POM bunyinya yang tiada kesan. Tapi bunyi POM POM POM yang ada impak maksimanya. insya'Allah.

jangan bunyi POM POM POM saja tapi musuh tak kalah. 

Aku menulis bukan untuk pujian oleh mulut manusia yang setinggi gunung. Dan bukan untuk kebanggaan yang boleh dipertonton seluas langit. hanya mahu menulis untuk berkongsi. mungkin.

Konklusinya, aku menulis kerana.... ermmmm... hurmmm. aaaaaaa.... Entah la. Byk sangat mungkin. Mana satu pun tak tahu. ;P eheh *sambil menggaru kepala yang tak gatal*

-Mirull-

penulisan yang agak kering. sudah lama kemahiran menulis tidak diasah. nampaknya kena banyak membaca. harap ada lah masa. hoyeahhh!

telah banyak menambah perencah MSG yg berlebihan dalam blog ini. harap kepala anda tak botak membacanya.