Monday, July 23, 2012

OBE dan Ramadhan.

Bismillahirrahmanirrahim

OBE (baca: Objective Based Education) telah dikuatkuasakan di universiti ku sejak setahun lalu. Mengapa ia dikuatkuasakan? Entah. Mungkin pelajar tidak mencapai objektif yang dikehendaki atau dalam erti kata lain, GAGAL dan ditendang keluar daripada universiti. Wallahu a'lam. Aku tak tahu, hanya tekaan liar (baca: wild guess).

Kita lihat sekiranya tiada objektif yang ditegakkan dalam kehidupan maka kita secara automatiknya akan melakukan perkara sambil lewa. Begitulah pentingnya objektif, hatta dalam Final Year Project (FYP) sekalipun, objektif menentukan markah untuk final year nanti. Masya'Allah. Doakan aku dapat buat yang terbaik dalam final year.

Seperti juga manusia, semestinya punya objektif dan matlamat kita berada di sini:

(وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ (٥٦

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku (56)

(Surah az-Zariyat, 51:56)


(وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ ... (٣٠


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"... (30)

(Surah al-Baqarah, 2:30)

Sila refresh memori kita akan ISK (baca: Ini Sejarah Kita) kerana ianya berkait rapat dengan diri kita sebagai manusia. Kalau rasa diri tu manusia lah kan. Hahaha

Sekolah Ramadhan, Manifestasi Tarbiyah

credit


Sebegitu juga Madrasah Ramadhan ini... 

bukanlah objektifnya dapat buka bazar ramadhan then dapat untung yang berlipat ganda wah!!!  
bukanlah objektifnya dapat makan makanan yang secara biasanya payah didapati.
bukanlah objektifnya untuk beli segala macam makanan kat bazar ramadhan hanya untuk makan seorang diri.
bukanlah objektifnya dapat makan secara banyaknya sampai perut pun nampak macam ada kandungan 9 bulan. Eh. Terasa ke? Hahaha

via tumblr


Telah diwajibkan berpuasa ke atas kita seperti mana firman Allah:

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
(١٨٣)

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)

(Surah al-Baqarah, 2:183)


 لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
supaya kamu bertakwa.

NAH! inilah objektif RAMADHAN... TAKWA~

bukanlah Hari Raya dan Cuti itu objektifnya... faham?

kalau tak mencapai objektif, kiranya kita hanya mendapat lapar dan dahaga...


عن أبي هريرة: قال النبي كَمْ مِنْ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صَوْمِهِ إِلا الْجُوْعُ وَالْعَطَشُ - رواه النسائي وابن ماجه

Maksudnya: Daripada Abu Hurairah, berkata Rasulullah, "ramai daripada mereka berpuasa tapi hanya mendapat lapar dan dahaga." (HR an-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Pengertian Takwa

Bila berkata takwa, semua tahu skema jawapannya. Takut pada Allah, taat perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Itu lah jawapan skema yang akan aku dapat sekiranya bertanya kepada mereka yang mendapat A1 atau A+ dalam Pendidikan Islam, Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah mahupun Pendidikan Syariah Islamiyah.

Hari ini aku nak ajak korang faham takwa daripada sudut lain. Daripada sudut seorang sahabat yang mendapat tarbiyah direct daripada murabbi mereka yakni Rasulullah.

Kisah ini dinukilkan oleh Umar al-Khattab dan Ubai bin Ka'ab

"Apa itu takwa?" tanya Umar al-Khattab kepada Ubai bin Ka'ab. 

Ubai mengetahui bahawa Umar tahu jawapannya dan pada pendapatnya Umar mahu berdiskusi dengannya tentang takwa. Ubai perlu memikirkan satu jawapan yang lain kerana dia sedang ditanya oleh Umar al-Khattab, seorang figur agung. Semestinya dia tak mahu memberi jawapan yang sekadar biasa-biasa sahaja.

"Pernah kamu susuri jalan yang penuh duri?" balas Ubai dengan suatu pertanyaan yang menduga.

"Pernah saja," jawab Umar

"Apa yang kamu lakukan?" pintas Ubai.

"Aku angkat sedikit pakaianku, dan melangkah dengan hati-hati," jawab Umar lagi

"Itulah takwa!" simpul Ubai bin Ka'ab terhadap soalan Umar al-Khattab tentang takwa.

Di akhir perbincangan mereka, akhirnya persoalan Umar al-Khattab terjawab dengan cara yang praktikal untuk kehidupan. Ternyata berhikmah jawapan yang diberikan Ubai bin Ka'ab kepada sahabatnya. Jawapan yang memuaskan hati dan punya besar pengertian.

Ada dua nilai yang dapat di-ekstrak daripada cerita ini iaitu pengertian takwa dan kaedah melayan sahabat. Namun di post ini, nilai yang mahu aku tekankan ialah pengertian takwa.

Takwa membuatkan seorang hamba berwaspada dan berjaga-jaga dalam setiap perbuatannya. Waspada antara halal dan haram, antara pahala dan dosa, berjaga-jaga antara perbuatan yang mampu membawa ke syurga dan perbuatan yang menarik ke neraka.

Takwa membuatkan kita berjaga-jaga untuk menjaga hak Allah, kerana yakin bahawa Allah akan kembalikan hak kita sebagaimana dalam hadis 19 dalam 40 hadis Imam Nawawi. Kalau tak pernah dapat lagi dalam usrah, sila paksa murabbi korang. Haha

Kesimpulan

Buat lelaki muslim yang kacak lagi bergaya, kita telah diperingatkan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ 
(١٠٢)

Wahai orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati dalam keadaan Islam.

(Surah ali-Imran, 3:102)

Saban minggu diperingatkan untuk bertakwa dan ini bermakna takwa ini bukanlah perkara main-main. Andai kita tak nampak akan kepentingan takwa dalam kehidupan, sedarlah kita bahawa mata hati kita telah dibutakan oleh DUNIA!

ehsan tumblr


Walau dunia menuntut kita meninggalkan atau mengabaikan hukum dan syariat Allah, kita masih menjaganya, ianya satu pembuktian ketakwaan kita kepada Allah.

Moga kita sentiasa dipelihara dan dikuatkan takwa dalam Madrasah Ramadhan ini. Amin

-Mister Mirull-

Baru mencuri-curi masa untuk bermadah di blog. Sekarang makin sibuk dek tanggungjawab dakwah yang sudah tergalas di bahu, tanggungjawab memperbaiki diri untuk memperbaiki manusia lain. Segala ayat-ayat cinta-Nya makin senang aku hayati di samping pengorbanan Rasulullah dan para sahabat dijadikan inspirasi.

Memang benar kata seorang ikhwah, untuk memahami al-Quran dengan mata hati, kita perlu rasa sendiri kerja yang dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat, baru kita dapat rasa nilai cinta-Nya kepada kita, dan betapa sayangnya Allah kepada kita, tatkala kita sedih dilanda penentangan bathil yang wujud dalam diri mahupun fizikal, Allah memujuk kita dengan ayat-ayat cinta-Nya yang menghilangkan segala kesedihan dan kegusaran kita terhadap dakwah.

Moga aku thabat dalam jalan yang telah aku pilih ini.

Semoga tajarrud ini semata-mata kerana-Nya.

Amin




1 comment:

dwatyKNY said...

nice info bro...

wish u gud luck in final year...

setuju... bulan ramadan bulan penghapus dosa... tapi, kita seringkali lupa... semoga kita sentiasa dalam redaNYA wlu dimana berada... amin..