Thursday, August 9, 2012

Malam Lailatul Qadar

Bismillahirrahmanirrahim

Pejam celik pejam celik, kenyang lapar kenyang lapar, tidur bangun tidur bangun, kita sudah sampai ke fasa terakhir bulan ramadhan. Hoho



Malam Lailatul Qadar.
Malam yang penuh keberkatan.
Malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malam yang menjanjikan maghfirah-Nya.

"Barangsiapa melaksanakan solat pada malam lailatul qadar kerana iman dan mengharap pahala daripada Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni"
(HR Bukhari)

Bila Lailatul Qadar?

10 malam terakhir bulan ramadhan (HR Bukhari)
Malam yang ganjil (HR Bukhari)
Bila malam lailatul qadar tidak ditentukan kerana punya hikmah tersendiri iaitu supaya kita bersemangat mengejar lailatul qadar. Kalau malam lailatul qadar ditetapkan tarikhnya,semestinya ramai yang akan bermalas-malasan, dan mungkin lebih rela beratur panjang hanya sekadar mahu makan eskrem satu scoop Baskin Robbins. Ehem.

"acane kalau bertemu dengan malam mulia, lailatul qadar? acane?"

Daripada Aisyah r.a, beliau (Aisyah) berkata "Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mengetahui suatu malam adalah lailatul qadar. Apa yang mesti aku ucapkan saat itu?" Rasulullah menjawab, "Katakanlah: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu anni (Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf yang menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku)"

(HR Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad)

ermm....



...



...




...



...



...



...



...



...



...



...


Ekceli (baca: actually) aku nak tulis post yang panjang sangat-sangat pasal lailatul qadar, tapi rasanya blogger lain semestinya dah tulis. Jadi aku pun malas nak tulis pasal benda yang orang dah tulis. Kalau korang nak, sila gugel (baca: google) pasal lailatul qadar. Banyak yang keluar, tak terbaca korang nanti! Ahahaha.

Semestinya mereka yang mencari malam lailatul qadar dah baca macam-macam fadhilat dan amalan sunat yang boleh dilakukan sepanjang malam terakhir ini. Dan ada diantara mereka mampu berkongsi dengan kawan-kawan pasal amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan pada sepuluh malam terakhir ini. Tidak dinafikan mereka ini bukan sahaja rajin membaca dan menuntut ilmu malah luas ilmu pengetahuan, sehinggakan pendapat setiap mazhab pun dihafal mereka. Masya'Allah! Tabarakallah!

Akan tetapi, usah biarkan apa yang dibaca itu menjadi sekadar ilmu semata-mata malah lebih teruk dijadikan "modal" berdebat terutama pasal pendapat ulama itu dan ini. Aku tak mengatakan salah untuk mengetahui pendapat ulama' yang berbeza-beza ini, sedangkan rasulullah sendiri pun tak pernah melarang akan perbezaan ijma sahabat. Tapi paling penting kita buat.

Sebagai contoh, tentang tempat yang disunatkan beriktikaf, terdapat beberapa pendapat, ada yang mengatakan iktikaf boleh dilakukan di mana-mana rumah Allah yang ditegakkan solat lima waktu, dan ada yang mengatakan hanya boleh dilakukan di masjid yang didirikan solat jumaat sahaja. Mengikut kisah rasulullah tentang ijma' (maaf tak dapat beritahu secara terperinci sebab dah terlupa, takut tersalah beri informasi), pengajarannya tak kisah kita mengikut pendapat mereka yang mana sekalipun, paling penting kita iktikaf.

Cukup lah sekadar ini penulisan ku. Tulis panjang-panjang pun tak guna kalau tak buat. Akhir kata, selamat mencari Lailatul Qadar, jangan pulak cari Laila anak Pak Imam Masjid al-Qadr, ataupun cari Lailatul Kamdar sudah lah. Ehem.

-Mister Mirull-

ramadhan ketiga selepas dalam ditarbiyah. alhamdulillah masih dalam tarbiyah, masih lagi meneruskan perjuangan Lailatul Qadr berbekalkan semangat perang badar al-kubra walaupun demam. ini dah kali ketiga demam dalam bulan ramadhan. mohon cepat disembuhkan.
Amin~

1 comment:

ain soofiyah said...

ilmu baru terime kasih..=D