Sunday, August 12, 2012

Hadiah: Basikal dan al-Qadr


Bismillahirrahmanirrahim

Tersebut lah alkisah seorang bapa bernama Husin Lempoyang. Orang kampung memanggilnya Pak Usin Bunga. Kenapa bunga? Lu fikir lah sendiri. Tapi itu bukan isi pentingnya. Penceritaan diteruskan. Dikhabarkan oleh BERNAMA bahawa Pak Usin Bunga berjanji untuk membeli sebuah basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL untuk anak bongsu kesayangannya, Lee Minho, jika anaknya berjaya mendapat tempat pertama dalam ujian bertulis dan melukis secara kreatif WOHA! (baca: peperiksaan akhir tahun sekolah). Upacara perjanjian ini disaksikan oleh seluruh isi rakyat rumah bernombor ******** (maaf dicensor kerana ianya private and confidential).

Terbakarnya semangat Lee Minho seperti Gohan yang terbakar whoosh whoosh bunyinya (gambar). Semestinya Lee Minho akan berusaha sedaya upaya untuk mendapat basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL, yang selama ini menjadi idaman seluruh pemuda hensem dan kachak di Tanah Malaya ini. 


seperti inilah bersemangatnya Lee Minho. lulz


Pak Usin Bunga menjanjikan sebuah basikal yang bukan calang-calang basikal. Harganya bukan seposen dua ataupun mampu dibayar dengan segelas air liur. Tapi beratus dan mungkin beribu ringgit. Betapa besarnya ganjaran yang diberikan sekiranya Lee Minho kesayangannya berjaya mendapat tempat pertama.

Timbul satu persoalan. Apa Pak Usin Bunga mahu daripada anaknya?

Adakah si ayah mahu anaknya gembira dan huha huha dengan basikal hebat yang bakal diberi?
Adakah si ayah mahu memerangkap anaknya supaya dengan dan taat perintah ayahnya?
Adakah si ayah nak bodek anaknya supaya keluar berjalan-jalan dengan bini barunya? (ops. isu sensitip. maaf. hehe) 

Seorang ayah semestinya mahukan yang terbaik buat anaknya. Ehem. Aku bercakap seperti berpengalaman je, padahal kawin pun belum. Hehe. Ok, sambung balik. Setiap ayah mahu anak mereka menjadi insan berguna, cerah masa depan dan ... (sila isi tempat kosong dengan harapan murni seorang ayah).

Basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL ini hanya sebagai hadiah untuk menggalakkan Lee Minho untuk terus belajar. Kerana Pak Usin Bunga nampak anak bongsunya malas belajar dan banyak main fesbuk dan tuiter (baca: facebook dan twitter). Apa yang si ayah mahukan atau dalam erti kata lain, apa yang sepatutnya si anak lakukan ialah belajar bersungguh-sungguh.

Aku Hanya Nombor Dua.

Andaikata si anak telah berusaha, namun dia hanya mendapat tempat kedua menyebabkan dia terlepas tawaran terhebat ayahnya.

"Hanya lagi 0.01 peratus lagi untuk kalahkan Amirul The Cute yang dapat nombor satu dalam tingkatan", tegas Lee Minho pada ayahnya. Ehem.

Namun ayahnya nekad dengan keputusannya, "Tak dapat nombor satu, tak boleh dapat hadiah. Paham?". Sambil memalingkan muka tanpa belas kasihannya ke arah Mak Jah Rock, isterinya.

Persoalannya, adakah anaknya akan berhenti belajar, berputus asa dan kemudian frust menonggeng?

Hoyeahh! Aku Nombor Satu!

Andaikata usaha penat lelah si anak berhasil dan dia berjaya mendapat tempat pertama lantas mendapat basikal scrambler turbo berjenama YANGMAHAL sepertimana yang diidam-idamkan.

"Aku dah usaha dan aku dah dapat. Alhamdulillah!", ucapan syukur meniti di bibir Muhammad Lee Minho bin Husin Lempoyang.



ini bukan basikal scrambler YANGMAHAL

Persoalannya, adakah Lee Minho boleh berehat daripada belajar? Sehingga ditawarkan hadiah oleh ayahnya, baru si anak berusaha kembali?


-----------------------------------------


Ramadhan dan Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah kepada hamba-hambaNya.

Tapi apa sebenarnya yang Allah mahukan pada hamba-hambaNya?

Ramadhan objektifnya taqwa seperti mana dalam surah al-Baqarah ayat 183. Dalam lafaz "La'allakum tattaqun" yang bermaksud supaya kamu bertaqwa. 

Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan
(Surah al-Qadr,  97:3)

Dan Lailatul Qadar pula Allah beri kebaikan 1000 bulan yang tak dapat kita dapati dalam bulan-bulan yang lain. Seribu bulan yang bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan (approximately) yang mana tak semua manusia mampu sampai ke umur 83 tahun. Jadi ianya memberi satu seruan buat mereka yang soleh, yang inginkan pertemuan dengan Tuhannya, yang menciptakan mereka, yang menjaga mereka, yang memberi rezeki kepada mereka. Semestinya mereka yang soleh ini, mahukan ganjaran ini.

Seperti juga harapan Pak Usin Bunga pada anaknya dengan memberi hadiah basikal, seperti itu juga hadiah al-Qadr ini buat hamba-hambanya yang ikhlas
, iaitu dengan harapan, hamba-hambaNya dapat istiqamah walaupun dalam bulan-bulan lain yang tiada Lailatul Qadar.

Ramadhan dan Lailatul Qadar tidak lain, hanyalah sebagai galakan untuk kita kenal apa tugas dan tujuan hidup kita.


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Surah az-Dzariyat, 51:56)


Ramadhan akan berlalu, malam al-Qadr boleh jadi kita sudah terlepas. Seorang hamba Allah yang bijak akan terus beribadah walaupun keduanya telah berlalu, walaupun sudah terlepas tawaran hadiah malam al-Qadr, kerana dia tahu bahawa...

Dirinya adalah hamba Allah, bukan hamba Ramadhan, dan bukan juga hamba al-Qadr.

Sebuah Sajak: Ramadhan, al-Qadr dan Allah

Ramadhan pada tahun ini
akan berlalu meninggalkan kita
Lailatul Qadar mungkin sempat 
mungkin tak sempat kita merasa
Ketahuilah keduanya akan berlalu
sama ada kita mahu atau tidak.

Bila ia berlalu pergi 
maka hilanglah 
muka-muka mereka 
yang memenuhkan rumah Allah
Maka hilanglah 
jasad-jasad mereka 
yang bermusafir
masjid ke masjid
untuk beriktikaf hanya semata 
mencari kekusyukan ibadah
di malam al-Qadr

Masa mengikut sunnatullah
masa hamba Allah
Ramadhan hamba Allah
Lailatul Qadar juga hamba Allah
masakan kita tidak mengikut mereka?
turut menjadi hamba Allah?

(sebuah sajak pendek yang tak berapa jadi yang dicipta oleh aku.)


Ujian Ramadhan kita selaku rakyat Malaysia hanya lah sekadar melawan nafsu, tapi saudara kita di Syria dan Rohingya bukan sekadar melawan nafsu malah mereka terpaksa berhadapan dengan musuh yang bencikan Islam, musuh taghut, malah wujudnya syaitan bertopengkan manusia.

Bersyukurlah... Bersyukurlah atas kesenangan yang diberikan... Usah terlentok dan terus terlena dek ujian kesenangan yang diberikan.

-Mister Mirull-


post ini ditulis bertujuan untuk menembak diri sendiri di kepala (baca: headshot) walaupun pada mulanya nak tulis post yang memberi headshot kepada mereka yg jadi baik macam biskut chipsmore di bulan Ramadhan, kemudian bila habis Ramadhan, jadi biskut nomore. hahaha. tapi sebelum headshot orang, baik makan peluru sendiri dulu. tahu? huhu

dan dengan harapan supaya roh Ramadhan dan al-Qadr pada diri aku tak akan sirna dek masa yang menjauh daripada Ramadhan. doakan aku istiqamah.

sebelum terlupa, doakan juga rakyat Syria dan Rohingya dalam tahajud kalian.

baru perasan, kali ni entry panjang pulak. macam membebel ala-ala makcik. hehe

Entri sebelum ini yang berkaitan dengan Ramadhan:
OBE dan Ramadhan
Malam Lailatul Qadar

2 comments:

ain soofiyah said...

nice tazkirah.. analogi yg baik..=D

Unknown said...

hehehe..bagus nasihat awk..silalah dtg ke blog sy..http://fazilahlot.blogspot.com